Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan ++ Ketabahan Seorang Islam

            Akhirnya Ramadhan Al-Mubarak tiba jua.. Ramadhan, yang padanya mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan-bulan lain dalam Islam sangat dirindui oleh hamba-Nya yang beriman. Baginda Rasulullah S.A.W beserta para sahabat juga ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu akan kehadiran Ramadhan yang di dalamnya terdapat malam Laylatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan, Subhanallah..

1. Sabda Rasulullah S.A.W :
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)



2. Abu Hurairah telah berkata : 
Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu". 
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

3. Daripada Abi Soleh Az-zayyat :
 Dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya". 
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

                Maka, dengan kedatangan Ramadhan yang mulia inilah, ketabahan umat Islam diuji dengan lapar dan dahaga, dengan pelbagai dugaan dan ujian. Tapi, ketahuilah bahawa ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya yang beribadah di bulan Ramadhan amatlah besar. .

0 comments:

Post a Comment

My Followers